Pengikut

Isnin, 14 Februari 2011

....Tentang Cinta.....

                         PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.
              Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain. Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu. Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori sendiri.
*                        Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?

*                                Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?

*                                  Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.

*                                   Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.

*                              Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya...

Khamis, 10 Februari 2011

Jom Berkongsi tips.....

Apa punca bau badan??? X mandi kew?? erm????
jom tengok apew punca bau badan....
  • Kebersihan diri....
Antara sebab utama badan beerbau adalah kerana anda tidak mandi deengan kekerapan yang betul... selain itu cara kite cuci baju pon ada caranya , kerana ada sesetengah fabrik mudah membuatkan badan anda berpeluh dan menghasilkan bakteria penyebab bau badan...
  • Pemakanan??? kenape plak pemakanan!
Hah lau korang nak tau sesetengah pemakanan juga mampu menghasilkan bau badan.... Selalunya ia berpunca dari tindak balas dgn mengeluar kn bau dari liang roma pada kulit. Salah satu makanan yg membuatkn badan berbau salah satunye makanan yg mengandungi kandungan zink . Contoh bawang putih, kari, dan jintan antara makanan yg mampu mengeluarkn bau badan yg kuat kerana ia bertindak balas sbg detoksifikasi yg mengeluarkn toksin dlm badan....

So ape yg perlu kite wat????? Hurmmm....
  • 1st.... kite mandi sekerap yg mungkin sekurang-kurangnya 2x sehari kalau kite kerap mandi kite akan nampak segar.... selain itu pilih dendoran yg sesuai gan kite....ingat bakteria x suke kt tmpt yg bersih......
  • 2nd......cara permakanan.... kite mesti  kurangkan pengambilan kafin , cola , dan cokelat serta makanan yg berzink . ini kerana makanan sebegini akan bertindak balas menghasilkan peluh jenis apocrine. selain itu kite mesti bnysk kn minum air putih kerana ia dapat meneutrail kn sistem penghadaman kite... 
so ni lh serba sikit yg aku dpt kongsi kn.....

Rabu, 9 Februari 2011

Faktar atau Auta ?? Jom Baca


  • Fakta menyatakan bahawa  lelaki yg  ketawa 100 kali untuk tempoh 24 jam mendapat manafaat kardiovaskular seperti bersenam selama 10 minit.
  • Sir Haerold Thomas Flower adalah pembuat komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yg di beri name Coloossus...
  • yang ni agak pening sikit... fakta menyatakan bahawa ejakulasi lelaki berkelajuan 44 kilometer sejam... hurm....

Jom kongsi faktar anda......